Monday, April 22, 2013

Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan,ibu bapa boleh melakukan amalan berikut:

*Ambil wuduk
*Menghadap kiblat
*Membaca kalimah syahadah (3 kali)
*Membaca surah Al Fatihah (10 kali)
*Membaca surah 3 Qul (1 kali)
*Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang,betul,tepat dan sempurna.

Amalan ini boleh di lakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja..InsyaAllah segala-galanya akan dipermudahkan olehnya dan anak-anak akan dapat menjawab soalan dengan tenang.

Sunday, January 9, 2011

SECRET GARDEN

Hi! Selamat Tahun Baru 2011..
Aku sendiri pun x tau kenapa aku minat sgt2 dgn Korean Drama Secret Garden ni..berapa kali aku ulang menontonnya..hehe..sehinggakan org kat umah aku ni pun tegur aku..huhu..watak Kim Joo Won & Gil Lime lakonan Ha Ji Won & Hyun Bin memang berkesan..Lakonan Hyun Bin memang kelakar semasa dorg bertukar body..bayangkan wajah lelaki tapi rohnya wanita..Ha Ji Won & Hyun Bin memang pelakon terbaik..dorg juga dpt award best couple dlm citer ni..aku memang suka Ha Ji Won ni sejak citer Memory In Bali lagi..
Citer ni memang best..bagi aku le..tapi x tau le bagi pihak korg..hehe..kelakar ada,sedih pun ada..mcm2 ada..huhu..lakonan dorg berdua ni memang romantik..walaupun citer ni citer dongeng tapi nampak real..Oska abg sepupu kepada Kim Joo Won pun kelakar gak..penyanyi tua yg terdesak..hahaha..
Tak sabar aku nk tgk episod akhir citer ni..tinggal lagi 3 episod je...tu pun sbb tgk on9,kat astro byond ada 10 lagi episod...lagi lama kena tunggu..huhu..kalau dah ada jual CDnya kat sini..sure aku dah beli dah...lagu2 dlm citer ni pun best2 gak..

Hish..baik aku berhenti dulu kat sini..kalau nk citer pasal Secret Garden x habis2 nanti..sbb aku memang suka gile kat citer ni..hahaha...

Tuesday, November 9, 2010

PERSEDIAAN SELEPAS PEPERIKSAAN.

1. JGN SEMAK JAWAPAN DGN KAWAN-KAWAN.

2. LUPAKAN KERTAS YG SUDAH DIJAWAB.

3. TUMPUKAN KPD KERTAS YG AKAN DIJAWAB PADA ESOK HARINYA.

4.ULANGKAJI KERTAS YG AKAN DIJAWAB PADA HARI BERIKUTNYA.



SELAMAT MENCUBA & SEMOGA ANDA BERJAYA...

PERSEDIAAN SEMASA PEPERIKSAAN.

1. KETENANGAN (PENTING).

2. JGN BACA NOTA LAGI.

3. DENGAR TAKLIMAT KETUA PENGAWAS.

4.TENGOK SOALAN DAN BACA ARAHAN.

5. BACA SOALAN DAHULU. ( 1 SAMPAI HABIS).

6. BARU JAWAB SOALAN. (JAWAB SOALAN YG MUDAH DAHULU BARULAH JAWAB YG SETERUSNYA SAMPAI HABIS).

7. JAWAB DLM KEADAAN TENANG.(KALAU RASA RESAH-GELISAH TARIK NAFAS 3 KALI).

8. SEMAK JAWAPAN YG DIBUAT DAN SUSUN KERTAS JAWAPAN MENGIKUT NOMBOR SOALAN YG BETUL SEBLM DI IKAT DAN DIHANTAR.




PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN

1. ULANGKAJI TERAKHIR (BACA NOTA RINGKAS/BERBINCANG).

2. ALAT-ALAT PEPERIKSAAN. ( JANGAN LUPA

3. KAD PENGENALAN. ATAU TERTINGGAL).

4. JADUAL PEPERIKSAAN. (DISEMAK SELALU).

5. CUKUP REHAT / TIDUR.

6. MAKAN MAKANAN YG SEIMBANG. (JGN MINUM AIR YG BERGAS).

7. BERDOA KEPADA ALLAH.

8. MINTA RESTU IBU BAPA.

TEKNIK YG BAIK UTK MEMBACA DAN MEMAHAMI.

1.Bacalah dgn lambat supaya anda betul-betul faham apa yg tertulis.Cubalah mengingatkan perkataan-perkataan penting dlm sesuatu perenggan.Ia memudahkan anda.

2
.Dengan menggunakan bahasa yg paling mudah,tulis isi ringkas di tepi buku setiap satu perenggan yg anda baca.Banyak faedah yg anda perolehi kerana ia memaksa anda memahami dan mencari isinya.Ia juga membuat anda mahir meringkaskan karangan dan memudahkan anda mengingat kembali.

3
.Selepas habis membaca,baca semula catatan di tepi buku itu.Kemudian tutup,cuba anda ingatkan semula apa yg anda baca dan buka buku semula jika anda lupa.

4.
Cuba tulis semula di buku catatan anda tanpa melihat buku teks.

5
.Buat rajah-rajah atau nota ringkas pd sekeping kertas besar.Tampal di dinding supaya anda dpt melihatnya berkali-kali.

6.
Kiaskan atau ingatkan sesuatu yg hampir sama bunyi atau serupa dgn apa yg anda baca.Ia memudakan anda mengingat.

7.
Berbincanglah dgn kawan-kawan anda.Bacalah terlebih dahulu tajuk yg akan dibincangkan.(Lebih baik berlainan buku).

8.
Buat soalan sendiri dan jawablah sendiri.mintalah guru anda menilainya.

9.
Anda boleh menulis formula,hadis atau nota ringkas pd kad-kad kecil dan dibawa ke mana sahaja utk memudahkan anda menghafal.

10.
Bila baca topik yg baru,cuba ingat kembali apa yg telah anda baca sebelumnya.

CARA-CARA BELAJAR YANG BAIK.

1.Ketahuilah Sukatan Pelajaran.
Anda perlu tahu keseluruhan topik pelajaran bg tiap-tiap satu subjek yg anda ambil.Ia mengelakkan anda dr membuang masa mempelajari sesuatu di luar sukatan pelajaran.

2.Adakan Meja Atau Tempat Belajar.
Tempat belajar sebaik-baiknya selesa,tenteram dan mempunyai peredaran udara yg baik.Belajar dgn duduk tegak lebih baik dr cara menyandar atau berbaring.

3.Tuliskan Matlamat Anda.
Setiap perkara mesti ada matlamatnya.Anda mestilah menentukan apa yg anda ingin capai dlm peperiksaan.Tampalkannya di tempat belajar anda supaya ia menjadi daya dorong utk anda belajar.

4.Ketahui Pelajaran Yang Penting.
Anda perlu tahu syarat-syarat lulus dlm sesuatu pelajaran.Kajilah semasak-masaknya seblm memilih matapelajaran utk peperiksaan.

5.Adakan Jadual Belajar.
Seblm membuat jadual tentukan sama ada anda memilih utk menatap sehingga larut mlm seperti biasa atau tidur cepat dgn bgn awal pagi.Biasanya jadual tidur cepat dgn bgn awal pagi adalah jadual belajar yg paling baik.Dgn suasana pg yg bersih dan nyaman,anda bersedia menerima apa-apa sahaja pelajaran.Ingat,anda tidak semestinya terikat dgn jadual ini.Masa belajar anda lebih byk bergantung kpd kemampuan anda utk memberi tumpuan kpd pelajaran.

6.Bersedia Dari Awal.
Mulalah belajar,membaca,memahami dan mengingat dr awal thn.Setelah cukup faham dan ingat sesuatu perkara barulah berpindah belajar cara tebuk-tebuk sahaja,kerana cari ini byk risikonya.Mengetahui pelajaran secara keseluruhannya membantu anda apabila mengulangkaji nanti dan anda juga tidak gentar utk menghadapi peperiksaan.

7.Tenteramkan Jiwa Anda.
Usaha anda akan menjadi sia-sia jika anda terganggu dgn masalah-masalah lain.Jadi elakkan keadaan begini.Berusahalah menyelesaikan masalah anda supaya tidak merunsingkan anda lagi.

8.Jauhilah Dari Pengaruh Negatif.
Jgnlah terikut-ikut dgn pengaruh luar yg merugikan anda.Bergaullah dgn org-org yg sependirian dgn anda dan boleh membantu anda dlm pelajaran anda.

9.Amalkan Teknik Membaca Yang Baik.
Semasa membaca,pen harus ada di tgn anda bg mewujudkan suasana serius.Semasa membaca,catat atau lukiskan nota penting utk memudahkan anda mengingat.Amalan ini baik dipraktikkan pada mlm hari kerana membaca sahaja memungkinkan anda mengantuk.

10.Banyakkan Buku Rujukan.
Membanyakkan buku disekeliling anda samalah seperti anda memperbanyakkan guru di samping anda.Rujuklah buku-buku yg berlainan kerana tidak semua buku yg lengkap.

11.Membaca Akhbar Dan Majalah.
Pelajar-pelajar amat penting membaca akhbar dan majalah yg tinggi mutunya.Ia membantu anda meluaskan pengetahuan.

12.Jangan Paksa Otak Anda.
Berhentilah dahulu jika anda merasakan tidak dpt lagi memahami pelajaran kerana otak letih.Prinsip utama,biarlah belajar sedikit asalkan anda faham dan ingat.Orang-orang yg sederhana kemampuan otaknya biasanya berehat setiap 2 jam belajar.

13.Sediakan Buku Ringkasan Khas.
Sepatutnya anda mempunyai beberapa buku tulis,satu buku utk satu subjek.Gunakanlah buku tersebut utk mengumpulkan nota dr pelbagai sumber.Jadikan ia lengkap,ringkas dan padat serta senang utk anda faham.

14.Bertanyalah Selalu.
Pelajar yg rajin bertanya adalah pelajar yg pintar.Ia tahu kekurangannya dan mahu memantapkan kefahamannya.

Monday, November 8, 2010

5 Faktor Utama Berjaya Dalam Peperiksaan

1.Azam atau Cita-cita tinggi.
Anda semestinya mempunyai keazaman utk memperolehi pencapaian yg tinggi dlm peperiksaan
anda.Tidaklah menjadi soal sama ada anda berjaya atau tidak,malah sudah cukup baik jika anda
bercita-cita utk mendapat tempat pertama tetapi hanya mendapat tempat kedua.

2.Pergiatkan Usaha Anda.
Tidak ada jln mudah utk berjaya,dan usaha anda mestilah lebih berganda dari cita-cita anda.
Misalnya jika anda mengharapkan tempat pertama,anda mestilah berusaha lebih dari orang
yg mendapat tempat pertama.

3.Kesihatan dan Kecergasan.
Kesihatan fizikal dan mental perlulah diambil berat.Otak yg sihat dan cergas letaknya pada
badan yg sihat dan cergas.Tegasnya,anda perlu makanan seimbang.Selepas penat belajar anda
perlu berehat dan bersenam serta tidur yg cukup mengikut umur anda.

4.Berlatih dan Mencuba Dahulu.
Anda perlu melihat kertas-kertas peperiksaan sebenar dgn melihat contoh kertas-kertas
peperiksaan tahun-tahun yg lalu.Anda juga perlu berlatih menjawab berkali-kali dgn teknik yg
baik dlm masa yg ditetapkan.

5.Disiplin Dan Sembahyang.
Disiplinkan diri anda.Patuhilah jadual belajar anda dan taatlah mengerjakan sembahyang.
Sembahyang dgn sendirinya mendisiplinkan diri anda.Sejarah telah membuktikan org-org
yg mendisiplinkan diri dan taat mengerjakan sembahyang adalah mereka yg paling ramai
meraih kejayaan.Sembahyang boleh mententeramkan jiwa anda dan secara tidak langsung
ia menjadi senaman utk merehatkan otak selepas penat belajar.

Saturday, July 24, 2010

FRIEND....

FRIEND..
DON'T U KNOW
MY LIFE WILL BE EMPTY
WITHOUT U
YOUR SMILE BRIGHTENS UP MY LIFE
YOUR LOVING THOUGHTS
ALL FRIENDLY WAYS
KEEP MY SADNESS AWAY
FRIEND..
DON'T U KNOW
SINCE I'VE KNOWN U
MY LIFE HAS CHANGED
I'VE LEARNED TO LIKE MYSELF
AND I CAN FACE REALITY
YOUR ENCOURAGEMENT IS OF GREATHLY
FRIEND..
DON'T U KNOW
IT'S NICE KNOWING YOUR
U WERE ALWAYS THERE
WHEN I NEEDED U
WE PLAYED TOGETHER AND HAD FUN
WE LAUGHED AND CRIED TOGETHER
AND SHARED SECRETS
FRIEND..
THANKS FOR EVERYTHING
I'M LUCKY TO HAVE SUCH A FRIEND LIKE U
I PRAY TO GOD THAT
OUR FRIENDSHIP WILL LAST FOREVER..


TO ALL MY FRIENDS..TQVM FOR BEING MY FRIEND AND YOUR ARE A GREATEST GIFT OF MY LIFE...

Wednesday, July 21, 2010

ZAMAN KANAK-KANAK KU...... :-)

Masa zmn kanak2 dulu aku tingal kt jln muhibbah pdg jawa..boleh dikatakan kt situ semuanya kaum kerabat aku yg ada..jiran2 lain yg tingal kt situ pun baik2 belaka..kitaorg semua dh mcm sedara jer..x mcm zmn skrg jiran sebelah rumah pun ada yg tak kenal..dulu aku dgn kwn2 aku dan sepupu sepipit aku slalu main bersama2..(klu nk sebut nama ramai sgt..nanti ada yg tak sebut merajuk pulak).mcm2 permainan yg kitaorg main..antaranya batu seremban,masak2,kawin2,baling tin dgn seliper,sorok2,badminton,lumba basikal dan mcm2 lg ler..
Yg kelakarnya main tarik2 rambut..biasa ler permainan ini slalu berlaku apabila berlaku perbalahan di antara kitaorg..mula ler tak kwn sekejap..pastu baik balik..mcm tu ler slalunya..haha..brutal gak aku masa zmn kecil2 dulu..masa main lumba basikal dulu2 aku siap bw laju2 pastu lpskan handle basikal terlangar batu apa lg terjatuh ler..sampai skrg ada tanda kt lutut kiri aku..basikal BMX ler kata kan..(arwah mak aku yg belikan utk aku)..
Satu lg perkara yg berlaku masa zmn kanak2 dulu..main golek2 tong drum..tong drum tu dh bocor..jiran aku letak kt belakang umah dia..kitaorg jdkannya permainan..berdiri kt atasnya kemudian golek2kannya..golek punya golek ada salah seorgnya tergolek kt tanah..ada kaca lak tu kt tanah..apa lg kena jahit ler kt dahi dia..hehehe kesian pun ada..kelakar pun ada..satu lg citer tangkap berudu kt kolam..asyik sgt tangkap berudu sampai adk kwn aku terjatuh kt dlm kolam..nasib baik cpt diselamatkan oleh sedare aku bdk tu..klu tak..tak tau ler aku..
Masa zmn kanak2 dulu bila waktu mlm kitaorg mengaji kt umah pak bilal ni..umahnya agak jauh gak dr umah kitaorg..ada jiran aku br meningal dunia..abg2 aku dgn kwn2nya mengusik kitaorg semua mengatakan roh arwah jiran aku tu dtg masa kitaorg blk dr mengaji..apa lg semua lari lintang pukang ler..yg kesiannya ada seorg bdk ni dh ler lelah..tercungap2 dia lari sampai tertingal seliper dia..agak melampau tul gurauan dorg ni..
Yg aku masih igt klu bln puasa terutamanya puasa yg terakhir menjelangnya raya..mak2 kitaorg mula ler bertukar2 resepi kuih raya..sibuk wt kuih raya..sampai ada yg bw kuali dan sudip dr umah sendiri lg utk mengajar cara2nya..takut kot2 kuali dan sudip org lain tak sama dgn yg sendiri punya..sambil2 tu ada ler gosip2 skali..biasa ler org pompuan kan..pinjam-meminjam acuan kuih raya ler..mcm2 ler..
Klu nk citer pasal zmn kanak2 dulu mmg tak leh abis..aku & the gangs slalu round2 satu kg naik basikal..jumpa apek jual ais krim kitaorg thn..ada kalanya kitaorg beli dan ada kalanya apek tu bagi jer..syoknya zmn kanak2 dulu..skrg kitaorg semuanya dh berpindah-randah..sbb jln muhibah tu dulu kononnya nk wt apa tah..tp sampai skrg terbiar camtu jer..kawasan tu dh sunyi skrg sbb tu lah mcm2 jenayah berlaku kt situ..

Friday, July 9, 2010

PENGALAMAN DI HOSPITAL..

Sebelas thn lalu...dlm bln November.arwah mak aku telah dimasukkan ke Hospital Tapah..ank sepupuku yg menemaninya di hospital sebelum aku yg menemaninya..hari pertama aku menjaganya memang aku tak boleh tido..nasib baik ada novel yg aku pinjam dr ank buah aku..tiba mata aku mengantuk..aku pun baring ler kt katil sebelah yg kosong..tiba2 ada suara suruh aku bgn..tak kasi aku tido kt situ..aku memang marah kt mak cik matron tu..aku cam dh nk menjawab blk kt dia..tp arwah mak aku usap2 tgn aku dan mengelingkan kepala..dan ckp kt aku takpe dia memang camtu..sbb ank mak cik yg ddk kt katil dpn arwah mak aku pun dh kena camtu gak..pastu habis satu novel ke satu novel aku baca sampai ler siang..ank mak cik tu gak ler yg menjadi kwn aku kt hospital tu..
Siangnya aku menanti kedatangan ayah,abg2 dan kakak2 aku dtg melawat..makanan kt hospital memang tak sedap,sementara ayah aku menjaganya.. aku,kakak dan abg aku g ler mkn kt kedai mamak di pekan Tapah..akak2 nurse dan doktor2 kt situ semuanya baik2 belaka..cuma mak cik tu jer..dia igt aku bdk kawasan situ gak..sbbnya arwah mak aku masa sakit kitaorg suruh g hospital kt sini tak nak..mulanya blk kg nk berubt cara tradisional..satu hr dia g check up kt klinik tempat sepupu aku keje..doc ckp dia kene g hospital sbb kurang drh..nk pulak dia ddk kt hospital Tapah..kt hospital mmg dorg mskkan drh..tu yg agak susah sikit klu nk bergerak or nk g toilet..aku ler yg memegangnya dan aku ler yg mencebuknya bila dia buang air..tak kira ler air kecil atau air beso..
Abg ipar aku dh tukarkan dia kt wad 1st class tp dia lak tak nk g..katanya wad tu sempit,sedara-mara ramai dtg melawat..mlm kedua aku menjaganya lg ler aku tak leh tido..ada seorg mak cik ni br msk hospital..mulut bising nk blk umah..siap kena kandang lg katilnya..dorg kasi ubt ok sikit..pastu dia gaduh panas,dh ler takde sape yg menjaganya..aku terdgr ank2 dia bertekak..keputusannya dorg semua mmg tak nak jaga dia..mak cik ni gaduh panas..yg arwah mak aku pulak rasa sejuk..aku slow kan kipas..mak cik tu bising ckp panas..serba salah aku jdnya..mlm tu aku tido satu katil dgn arwah mak aku..sebelum mengantuk apa lg baca novel ler..br dpt tido dlm beberapa jam..wad kecoh lg ada akak ni br msk hospital sbb asthma..dorg kasi dia gas..dh mmg ajal dia..akhirnya dia g menghadap Ilahi subuh tu gak..apa lg sape2 yg ada kt wad tu kena ler pindah sekejap kt tempat lain..
Siangnya sbb ada org yg menjaganya aku blk kg sekejap..tp bkn ddk kt kg pun g dusun durian jap..time tu musim durian..ptg aku g hospital blk..time siang mmg ramai sedara-mara yg dtg melawat dia..mak cik matron tu tiba2 baik lak dgn aku..byk lak soalan dia kt aku megalahkan inspektor polis lak..aku ddk ktne..masih blajar ke dh keje..mcm2 ler..pastu dia leh ckp aku leh tido kt katil kosong tu tp nanti kemas ler blk..sbb leh tido kt katil tu ler aku leh terlena..tiba2 ada seekor kucing jilat2 tgn aku..seolah2 ign menjagakan aku dr tido yg lena..tercelik mata aku tgk arwah mak aku tak de kt katil dia..rupa2nya dia ada kt singki tepi tu..aku mendekatinya dan mengusap belakangnya..muntahnya warna hitam pekat dan baunya teramat busuk..sampai aku pun nk termuntah rasanya..yg aku hairan sebelumnya aku tak perasan lak ada kucing kt situ..pas peristiwa tu br aku nampak byk gak kucing kt kawasan hospital tu...
Esoknya..arwah mak aku sibuk nk blk umah..hr tu gak ler ayah aku dtg lambat melawatnya..dia suruh aku call ayah aku dtg cepat kt hospital..ayah aku pun uruskan ler..abg2 n kakak2 serta family mereka semuanya dh blk Shah Alam..tiap2 mggu dorg dtg melawat arwah mak aku..Shah Alam - Perak - Shah Alam..tu ler keje dorg masa tu..beberapa hr ddk kt kg..arwah mak aku sibuk nk blk Shah Alam lak..katanya blk nk mengundi..dlm semiggu blk semula kt umah dia dh tak leh jln..sakitnya bertambah teruk..Pd 30 Nov 1999 arwah telah meninggalkan kami semua dihadapan aku dan kakak aku..semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di tempat yg mulia..amin..

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH SA'ADAH BT MAT SA'ABAN..